~ME~

~ME~
alone..

Monday 30 January 2012

APAKAH ITU TALASEMIA?

Hai semua saja nak kongsi apa tu talasemia..saja ja...!
kalau kwn2 nak tahu talasemia tu sejenis penyakit kecacatan darah..kalau siapa yang dah tahu tu xpala saya kasi tahu ni untuk yang xtahu lagi!! Kenapa saya bincangkan hal ini ?? sebenarnya saya ingin cari benda lain tetapi terkeluar perkara tentang penyakit ini jadi saya kongsi la pada awak semua!!apa2 pown selamat membaca..
 

Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
kwn2 talasemia ni dibahagikan kpd 2 taw iaitu :
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia
~ ini pula tanda2 penyakit dan gejala...
  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesarn terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.<br.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
~ jikalau ini berlaku pada anda semua rawatan yang boleh dilakukan pada pesakit yg menghidapi talasemia ialah:
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.


Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan...jadi harini dapatlah sedikit ilmu untuk kita ketahui bersama- sama walaupun adalah dikalangan kawan2 yang sudah tahu....SELAMAT MEMBACA!!

No comments:

Post a Comment