~ME~

~ME~
alone..

Thursday 26 July 2012

TAZKIRAH MENGUTUK DALAM ISLAM!!

TENTANG MENGUTUK ORANG MUSLIM


SALAM ... KPD RAKAN2 LAMA SAYA TIDAK UPDATE...JADI INILAH POST SAYA BUAT PADA BULAN RAMADHAN KALI INI...

(Dipetik dari Al-Kabair karya Syamsuddin Adz-Dzahabi, terjemahan M. Ladzi Safrony, BA ke dalam buku 75 Dosa Besar terbitan Media Idaman, Surabaya)

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud: "Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."

Rasulullah SAW. bersabda: "Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya." [HR Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak]

Nabi SAW. bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak berjaya ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya." [ HR Abu Daud]

Rasulullah SAW. bersabda:(artinya) " Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat." [ HR Muslim dan Abu Daud]

Rasulullah SAW. bersabda: (artinya) " Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)" [HR Muslim dari Abu Hurairah]

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW. bersabda: (artinya) " Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjuluki, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji."

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk orang mukmin itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT. mencabut semua ni'mat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik ni'mat zahir mau pun ni'mat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh ni'mat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW. melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat ni'mat dan kurnia dari ALLAH SWT.

Monday 30 January 2012

TIDUR WAHAI KAWAN!

nikmat tidur..

KNP kita kena tidur?? ahha sebab untuk merehatkan badan kita supaya mendapat tenaga balik!!
ni dia berapa jam yang diperlukan oleh kita untuk tidur :

UsiaJumlah tidur purata seharian
Baru lahirsebanyak 18 jam
1-12 bulan14–18 jam
1-3 tahun12-15 jam
3-5 tahun11-13 jam
5-12 tahun9-11 jam
Remaja9-10 jam
Dewasa, termasuk golongan tua7-8 (+) jam
Wanita hamil8 (+) jam
APA PULAK "HUTANG TIDUR"??
huhu!! hutang tidur adalah kesan dari kekurangan tidur dan rehat..dengan ini mengakibatkan kita keletihan dari mental dan fizikal...
saja kongsi2....ilmu2..

APAKAH ITU TALASEMIA?

Hai semua saja nak kongsi apa tu talasemia..saja ja...!
kalau kwn2 nak tahu talasemia tu sejenis penyakit kecacatan darah..kalau siapa yang dah tahu tu xpala saya kasi tahu ni untuk yang xtahu lagi!! Kenapa saya bincangkan hal ini ?? sebenarnya saya ingin cari benda lain tetapi terkeluar perkara tentang penyakit ini jadi saya kongsi la pada awak semua!!apa2 pown selamat membaca..
 

Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
kwn2 talasemia ni dibahagikan kpd 2 taw iaitu :
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia
~ ini pula tanda2 penyakit dan gejala...
  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesarn terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.<br.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
~ jikalau ini berlaku pada anda semua rawatan yang boleh dilakukan pada pesakit yg menghidapi talasemia ialah:
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.


Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan...jadi harini dapatlah sedikit ilmu untuk kita ketahui bersama- sama walaupun adalah dikalangan kawan2 yang sudah tahu....SELAMAT MEMBACA!!

Sunday 29 January 2012

malas berfikir,tanya soalan "BODOH"

semua mesti tertanya- tanya kan apa kena mengena dengan soalan BODOH..
saya pon selalu tanya soalan yg kurang tepat pada masanya dan mengelarkan ia soalan bodoh itu bagi saya...
saya suka bukak blog orang ramai yang mempunyai cerita yg boleh menambahkan ilmu pengetahuan!! bagus jugak tuk semua kwn2..
ni saya nak kongsi la sikit pasai soalan bodoh yg saya baca disebuah blog tentang motivasi.. haha xpa klau kwn2 nak link dia nnt saya kasi diakhir post ni..jgn risau la!! sharing is caring 
ni antara soalan bodoh tetapi ini cuma andaian sahaja :


1) Ketika melawat seorang sahabat yang sedang sakit kuat di hospital, kita datang dan bertanya, “apa khabar  kau, sihat?”
2) Ketika melihat kawan sedang membasuh kereta, kita bertanya, “buat apa tu?”
3) Kita melihat kawan yang jatuh basikal hingga berdarah lutut, betis dan siku, lalu kita bertanya, “sakit ke?”
4) Kita lihat kawan kita menangis hingga merah mata selepas keluar dewan peperiksaan lalu kita tanya, “susah sangat ke soalan tadi?”
tapi bagi saya lah kwn2 mmg soalan yg bodoh!!dah tahu watpe nak tny lagi ish2..



Apa yang membuat ia dikategorikan sebagai soalan bodoh ialah kerana ‘situasi’ atau ‘suasana’ semasa soalan itu diajukan.Soalan ini terjadi kerana segelintir kita malas untuk berfikir kerana itulah bnyk soalan boleh dikategorikan sebegitu rupa..jadi mulai saat ini apa sahaja tindakan atau sebarang perlakuan perlulah berfikir dahulu...APA SAHAJA YANG KITA LAKUKAN PERLULAH BERFIKIR SEBELUM MENGELUARKAN SOALAN YG TIDAK BERNAS YG TERLINTAS DI MINDA... 
yang ni sahaja yang aq mahu kongsikan kalau nak lebih lagi pergi ke blog ENCIK OSMAN AFFAN..BEST RUGI XBACA... Nah link blog dia yg saya janjikan nak kasi.. 
http://www.motivasibelajar.com/ 

karangan SPM!!

hai semua lama xupdate ni!! walau pown xramai follower xpa hati senang hahasaya nak kongsi sikit tentang contoh karangan BAHASA MELAYU ni for SPM ni khas tuk adik2 yg duk cari karangan xjumpa!!

karangan ni semua akak cari untuk adk2!! harap dapat manfaatkan!!

PELABURAN ASING ( faktor)


      Pelabur asing merupakan golongan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara terutamanya bagi negara yang sedang membangun seperti negara kita. Hal ini amat penting untuk dititikberatkan kerana pelabur asing merupakan pihak yang boleh menjadi batu loncatan untuk negara kita mencapai kemajuan seiring dengan negara maju yang lain. Pihak yang bertanggungjawab di negara ini haruslah aktif memainkan peranan, contohnya bertemu dengan pelabur asing bagi memberikan penerangan yang berkaitan dengan hal ini. Dengan cara itu, sudah tentu pelabur-pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara ini iaitu apabila mereka yakin akan mendapat pulangan yang sewajarnya hasil daripada penerangan tersebut. Oleh hal yang demikian, pelabur asing memang dialu-alukan untuk melabur di negara kita ini.

      Faktor yang boleh mendorong pelabur asing yag lebih banyak melabur di negara kita ialah faktor kestabilan politik. Sudah tentu pelabur tidak akan teragak-agak, malah mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam hal ini sekiranya keadaan politik negara kita stabil. Kita perlulah mempertahankan dan mengekalkan kestabilan politik yang sudah lama wujud di negara kita. Tambahan pula, pada zaman sekarang, tidak banyak negara yang stabil dari segi politik yang menyebabkan pelabur akan berfikir dua kali untuk membuat pelaburan di sesebuah negara. Dengan kelebihan yang kita miliki itu, kita harus memanfaatkannya dengan sebaik-baik yang mungkin kerana peluang baik seperti itu mungkin tidak akan datang bergolek pada masa akan datang.

      Dengan adanya tenaga kerja yang banyak, perkara ini boleh membantu negara untuk meningkatkan pelaburan asing. Perkara ini dapat dilihat apabila sesebuah negara itu mempunyai banyak pekerja untuk melakukan sebarang pekerjaan di samping upah kerjanya yang murah. Oleh itu, pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara kita dan seterusnya mereka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak di negara ini. Secara tidak langsung, negara kita akan dapat banyak manfaat dalam satu masa seperti kata pepatah, “sambil menyelam minum air”. Oleh itu, masalah pengangguran akan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung pelaburan itu akan meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.

      Pelabur asing yang datang ke negara kita ingin akan layanan yang baik dari negara kita, termasuklah kemudahan infrastruktur. Kemudahan-kemudahan seperti sistem jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan jaringan komunikasi merupakan prasyarat dan perkara yang sangat penting untuk membawa produk mereka ke luar negara untuk dipasarkan di pasaran antarabangsa. Oleh sebab itu, pihak kerajaan harulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk menarik pelabur asing yang lebih banyak supaya masuk ke negara ini. Layanan yang baik ini akan memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang berada di negara ini dan membawa rakan-rakan pelabur asing yang lain melabur di negara ini.

      Faktor birokrasi juga turut memainkan peranan penting bagi menentukan kemasukan pelaburan asing. Hal ini demikian kerana, jika faktor birokrasi sesebuah negara itu tidak terlalu ketat, sudah pasti pelabur asing akan tertarik untuk melabur di sesebuah negara itu. Birokrasi seperti urusan pentadbiran yang merumitkan pelabur, contohnya sesuatu permohonan yang memerlukan masa yang lama untuk diluluskan akan menyusahkan para pelabur asing dan akan menyebabkan mereka menarik pelaburan ke negara lain. Secara tiidak langsung, perkara ini akan memberikan impak terhadap negara ini. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, “kerana nila setitk, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah memastikan urusan pentadbiran di negara ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan yang akan memudaratkan negara.







      Kegiatan pelaburan asing sering sahaja dikaitkan dengan aspek kestabilan ekonomi sesebuah negara. Dengan cara itu, faktor ekonomi sesebuah negara juga tidak terkecuali daripada pertimbangan para pelabur sebelum melabur di sesebuah negara itu. Sudah tentu para pelabur akan mencari negara yang mempunyai ekonomi yang stabil bagi meluaskan perniagaan mereka untuk mendapat pulangan yang menguntungkan mereka. Jika sesebuah negara itu mundur dan kekurangan modal, tidak mungkin para pelabur akan berminat untuk melabur di sesebuah negara itu kerana hal ini tidak akan memberikan keuntungan kepada mereka. Oleh itu, sesebuah negara itu pula akan menjadi semakin mundur dan tidak akan mendapat keuntungan dari luar negara. Dengan kata lain, faktor ekonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk memajukan sesebuah negara. Untuk menarik pelabur asing, sesebuah negara itu haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

      Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana kemajuan bagi sesebuah negara. Usaha-usaha yang berkesan haruslah ditingkatkan untuk menarik pelabur asing di negara kita. Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara, sudah pasti ekonomi bagi sesebuah negara itu sukar untuk berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendak mencari jalan untuk menarik pelabur dan menyediakan peluang yang lebih banyak kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.



Kelebihan pengangkutan awam…

Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa. Dalam era globalisasi kini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang konvensional. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk menuju ke arah kemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat menggunakannya.

Kelebihan utama pengangkutan awam adalah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. Hal ini demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Oleh hal yang demikian, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express Rail Link), LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita.



Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan berbanding dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberi impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Selain itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang ke sesuatu destinasi. Perkara ini seharusnya diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar menggunakan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali.

Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi, pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghalang pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini, seperti kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan”.

Intihanya, pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja. Sekiranya langkah ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen ‘kongsi kereta’ untuk ke tempat kerja. Sekiranya kempen ini mendapat sokongan daripada masyarakat, sudah tentu masalah pencemaran udara dapat diatasi, di samping dapat menjimatkan perbelanjaan anggota masyarakat.


Saturday 3 December 2011

lipas in car???!!!

gila sebelom ni xpenah aq tangkap lipas!! klau jumpa pown mesti automatik menjerit ja keja aq,,,...perhh lama xupdate ni...tiba2 update trus pasai lipas kan...salam...kpd semua readers..sorry erkk...excited sgt..hhe!!aq tgh mkn..and then ltak la sebelah abis tu dok sat rasa nak mkn xpa la...pegang2 xtgk abis tu rasa2 eh mcm kumbang??xpa la tangkap dlm gelap..senyap ja xkasi tahu kat abg sepupu!!abis ada cahaya skit tgk2...LIPAS!!
APA NAK BUAT NI AQ DGN SELAMBANYA XMENJERIT LANGSUNG...cayalah...hahhah..dok sat tu kak sepupu sruh mkn kacang xpa la...aq sruh dia berhenti sbb  ada lipas dlm keta..nak buang..busuk gla!!
PENGALAM YG XDPT KU LUPAKAN...

Saturday 2 July 2011

DUTA SABUN!!

Hari ni aq happening gila dok bersama rkn2..yg gla2..otak pandai2..klau reader semua nak taw apa yg aq n  kwn2 buat..fuh!! penat sial!!promosi sabun terbaru kami...syalah dutanya..MISS NINA & backup dancer...glamor kan!!ahhaha...best sgt hari kita buat experiment sabun(saponification)ahli kimia mengataka...
klau nak taw kami semua bakal ahli kimia...sbb tu la kami bkak kilang buat sabun beli2 jgn xbeli..hahah klau nak taw lebih lanjut bleh layari azizahjalil.blogspot.com ..hahaha..thanks kasi aq gembira n gila2 pd hari ini..love u smua my bff selamanya..~BAZILAH <3 ETON <3 NISA <3 HANISAH <3 AZIZAH~

JENAMA TERHANGAT JANGAN LUPA BELI!! 
                                                                    ~ KAAZBAHASA ~

WE ARE D BEST!!BFF!!
ALWAYS!!

SARANGHAE



NI DIA SKIT PIX AQ N KWN2 YG TERSAYANG DAN TERINDAH DHATYKU~~   CUCI MATA ANDA BERSAMA MISS NINA!! DON'T BE JEALOUS!!AYAT JELES XBLEH BLAH!!